Loading...
Perkongsian

Rogol gadis 15 tahun bergili-gilir sebulan selang setengah jam


KOTA BHARU - Tiga termasuk dua remaja berusia 17 tahun mengaku tidak salah di mahkamah sesyen dan majistret, di sini, hari ini, atas dakwaan merogol seroang gadis di sebuah rumah di Wakaf Stan, di sini.

Dakwaan terhadap dua remaja itu dibuat di hadapan Majistret, Mohd Azrul Hasyimi Mohammad, manakala Ulwais Mohd Shafeei, 19, didakwa di hadapan Hakim, Nazri Ismail.

Mereka didakwa merogol mangsa sama yang berusia 15 tahun sebulan selang setengah jam di sebuah rumah tidak bernombor di Wakaf Stan, di sini, pada 3 November lalu.

Di mahkamah majistret, seorang daripada remaja itu didakwa pada dua tuduhan merogol mangsa pada jam 2.30 pagi dan 3.30 pagi.

Seorang lagi remaja itu didakwa merogol mangsa pada jam 3 pagi.

Di mahkamah sesyen, Ulwais didakwa merogol mangsa pada jam 4 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala mereka tidak diwakili peguam.

Sumber : Friscomedia

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.