Loading...
Perkongsian

Mengapa Saya Mahu Sekolah TAHFIZ Ditutup


SUNDAY, 8 JULY 2018

MENGAPA SAYA MAHU SEKOLAH TAHFIZ DITUTUP




DUA MENTERI BOLEH BANTU MAHATHIR KEARAH PENGISLAMAN YANG DINAMIK



Pertama sekali saya mengalu-ngalukan kenyataan   Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab pertanyaan umum apakah langkah kerajaan untuk mengawal sekolah-sekolah  Tahfiz berikutan dengan tragedi dahsyat kebakaran yang membunuh lebih 20 orang pelajar tahfiz di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.



Kajian dan siasatan telah dijalankan oleh beberapa pihak termasuk Kementerian Pelajaran  tetapi  sepi kerana kerajaan BN pimpinan Najib tidak berani menyentuh senstiviti agama dan  tidak pernah diumumkan secara terperinci apakah langkah seterusnya yang akan diambil. Kajian itu terus terbenam bersama terbenamnya kerajaan BN . Jabatan-jabatan agama  yang terlibat juga mendiamkan diri seolah-olah mahu melepaskan diri dari tanggungjawab ini.



Provokasi saya telah menghasilkan jawapan yang ditunggu oleh masyarakat Islam di negara ini yang semakin ramai memandang serong dan negatif terhadap sekolah-sekolah tahfiz persendirian. Masih tidak ada kawalan berkesan terhadap pertumbuhannya.



Langkah kerajaan untuk mengawal selia sekolah-sekolah tahfiz supaya tidak terasing daripada sistem pendidikan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan oleh Dr.Mujahid,  itulah yang menjadi harapan masyarakat Islam di negara ini.



Kejayaan sekolah tahfiz  melahirkan huffaz profesional adalah terpencil tetapi banyak anak-anak  kita  yang akan menjadi korban dan membuang masa di sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang masih di luar kawalan.



Saya ingin menarik perhatan Dr. Mujahid   sebab yang mendorongkan saya supaya ditutup dulu semua sekolah tahfiz persendirian  di negara ini  kerana menjadi perdagangan ustaz-ustaz.



Antaranya:



1. Seorang rakan peguam saya di Pulau Pinang  mempunyai kes aduan seorang ustaz telah menukarkan tanah yang diwakafkan kepadanya tanpa surat perjanjian untuk membuka sekolah tahfiz telah menukarkan tanah itu menjadi miliknya. Kes belum selesai dan banyak lagi kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mengambil kesempatan dari sentimen agama.



2-  Murid- murid sekolah tahfiz  diexpolitasi oleh ustaz-ustaz mereka  untuk menjual  buku-buku agama dan mengutip derma dari orang ramai. Banyak  menunggu di hadapan bank-bank atau mengutipnya  di kedai-kedai mamak dan juga dari rumah ke rumah- suatu cara yang dijalankan oleh Al-Arqam yang telah diharamkan suatu masa dahulu.



3-Ibu bapa yang telah berjaya dalam hidup termasuk dari kalangan profesional menghantar  anak-anak mereka ke sekolah tahfiz dengan kepercayaan mempunyai anak huffaz  akan membantu membasuh dosa mereka dan jika mati, mayat tidak akan hancur.

(Mayat Stalin dan juga Mao Zedong tidak hancur di simpan di mousoleum di Moscow dan Beijing). Mayat sami Buddha yang terkenal juga disimpan di Thailand dan dikeluarkan sesekali untuk tontonan ramai. Apa perlunya mayat tidak hancur?



4-Banyak tragedi  telah berlaku di sekolah-sekolah agama bukan kerajaan. Selain dari kebakaran dan  kemalangan juga penderaan, hukuman dan tekanan dalam  pembelajaran kerana ustaz-ustaz tidak mempunyai  latihan pendidikan yang sempurna dan profesional. Anak-anak  yang masih muda membuang masa di sekolah-sekolah ini  yang tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan  akademik yang  moden.



5-Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz  berlaku setelah ustaz-ustaz  yang tidak mempunyai nilai ekonomi menyedari inilah  satu cara yang mudah untuk mendapatkan sedekah  atau  memperdagangkan agama. (Ini juga akan diwarisi oleh murid-murid mereka yang juga nanti tidak mempunyai nilai komersial)



6-Pejabat-pejabat agama negeri tidak berani bertindak kerana senstiviti agama dan menghormati orang-orang yang berjubah dan berkopiah putih.



Pimpinan BN Tun Dr.Mahathir dahulu  berani mencabar senstiviti pemimpin-pemimpin agama, ulama-ulama yang tidak relevan dan juga tokoh-tokoh politik Islam yang karut dengan  tujuan ikhlasnya  untuk mengubah pemikiran umat Islam negara ini ke arah  kemampuan menghadapi cabaran zaman  dengan membina pendidikan agama dan indoktrinasi  Islam yang bersifat universal, progresif, dinamik dan  profesional. Beliau membina  institusi-institusi   Islam yang bertujuan  membangunkan imej Islam tidak sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam di negara ini.



Tetapi apabila beliau bersara tidak ada lagi Perdana Menteri yang sanggup  memerangi aliran pemikiran  Islam yang jumud, kolot dan  mundur ke belakang di dalam bidang politik, ekonomi dan keilmuan. Program agama di TV dan radio mengutamakan komersial dan menjalankan indoktrinasi doa dan doa untuk ke syurga.



UMNO tunduk kepada hukum hudud PAS yang menyebabkan orang bukan Islam terutama MCA merasa mereka dikhianati oleh UMNO yang menjadi kawannya sekian lama dan orang Cina menolak UMNO.



Alhamdulillah setelah Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, beliau mendapat dua orang Islamic Scholars yang dinamik dan progresif  iaitu  Menteri Pelajaran Dr. Mazlee Malik dan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa.



Mereka boleh meminta bantuan untuk memajukan Islam yang sihat  daripada interlektual Islam yang terhormat di negara ini  seperti Pakar Motivasi Dr.Mohd Fadzilah Kamsah, Mufti Perlis Dr. Maza,  Bekas Ketua Pengarah IKIM Dr.Ismail Ibrahim  dan bekas Pengerusi Bank Islam Dr. Abdul Halim Ismail.



Saya percaya kedua orang menteri ini yang mempunyai latar belakang akademik yang seimbang, boleh menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh pembinaan masyarakat Islam(role model) yang berkualiti dan  terhormat di negara ini.



Adalah menjadi harapan saya agar program -program  agama TV dan Radio  mempunyai penasihat yang tidak berasaskan doktrin doa dan doa sebagai jalan ke syurga dan komersial semata. Cabaran zaman sekarang tidak boleh hanya di jawab dengan doa dan doa sepanjang masa. Doa tanpa usaha adalah khayal dan usaha tanpa doa adalah bongkak.



Jalan ke syurga  bagi anak-anak Islam masa depan adalah  dengan pencapaian cemerlang dalam semua bidang ilmu termasuk penguasan Bahasa Inggeris yang baik yang boleh meninggikan martabat orang Islam di negara sendiri.



Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama. Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu. Orang kita tidak berani berterus terang dalam hal ini kerana menyekutukan Arab dengan agama. Anak-anak Melayu lebih maju di bidang  profesional dari orang Arab yang maju dalam bidang berbunuhan sesama sendiri.





DIEXPLOITASI MENJADI PEMINTA SEDEKAH



Langkah segera mestilah diambil bagi mencegah murid-murid sekolah tahfiz di exploitasi menjadi peminta sedekah oleh pihak berkuasa sekolah untuk menjalankan kutipan derma bagi pembiayaan pengurusan dan kemajuan  sekolah mereka.



Disebalik kenyataan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa kunonnya sekolah-sekolah ini telah di kawal selia, kita boleh melihat anak-anak tahfiz   berada di hadapan pintu- pintu bank,di pasar-pasar, di kedai-kedai mamak dan ditempat-tempat umum dengan membawa risalah-risalah mengenai sekolah mereka yang memerlukan bantuan atau untuk pembinaan sekolah baru tahfiz.



Kenapa tidak  meminta sahaja  dari pejabat zakat?



Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?



Kenaapa ini tidak berlaku di kalangan masyarakat Cina di negara ini?



Kenyataan beberapa orang yang mempertahankan sekolah tahfiz,kunonya  telah diberikan nilai baru,tidak seperti dahulu lagi  dan ramai  lepasan  tahfiz yang boleh masuk ke pelbagai bidang  adalah kenyataan yang tidak mengetahui situasi sebenar,kenyataan yang membohongi diri sendiri,bersifat umum dan serkap jarang.Sebuah dua sekolah berubah dan berjaya  bukan menjadi suatu aliran umum untuk dibanggakan atau berupaya  menutup kelemahan. Ia hanya merupakan setitik nila dalam susu sebelanga.



Sebagai wartawan saya boleh mendakwa saya tahu hal sebenar dan bukan pegawai-pegawai Yadim yang tidak berada di lapangan tetapi diawangan kerana tidak menjalankan tangungjawab sepenuhnya.



Realitinya selepas berlaku berbagai trajidi sekolah tahfiz,tidak ada langkah kongkrit yang telah diambil bagi memantapkan  sekolah-sekolah tahfiz dengan penilaian displin ilmu  dan keselamatan sebagai sekolah berasaskan nilai sekolah yg ditetapkan oleh kerajaan sebaliknya masih berperaturan pondok.

Uniform mereka sudah cukup membayangkan permulaan penutupan minda yang tidak selari dengan imej aliran perdana,tiada keterbukaan ,displin dan kurikulum yang disesuaikan  dengan sistem pelajaran kebangsaan negara dalam artikata sebenar.



Semua sekolah ini masih belum dibawah kawal selia seperti yang didakwa oleh Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Lapuran siasatan yang dijalankan oleh beberapa pihak selepas berlaku kebakaran yang membunuh lebih 20 murid sekolah tahfiz tidak pernah dikeluarkan untuk pengetahuan orang ramai.



Kita tidak boleh membuat kenyataan sekadarkan untuk  melepaskan batuk ditangga.Orang ramai menunggu lapuran rasmi dari Kemenertaian Pelajaran.



Saya tidak faham   mangapakah mesti ada sekolah untuk orang Melayu dan Islam  yang diluar aliran perdana yang pastinya menambah kecelaruan kepada sitem pelajran kebangsaan dan mengancam perpaduan masa depan orang Islam sendiri. Jika orang bukan Melayu memikirkan dengan berada di luar sistem ini akan mendatangkan faedah kepada mereka maka biarlah mereka  menempah masa depan yang berada di luar aliran utama negara.



Kenapakah  tahfiz ini tidak dimasukan sebagai satu kurikulum  di Sekolah Kebangsaan yang akan memudahkan untuk dikawal selia dan memberikan kualiti dan nilai kepada pelajar-pelajarnya.



Reaksi  dari seorang pengikut   blog saya sewajarnya diberikan perhatian berat walaupun ringkas oleh Menteri Pelajaran baru dan juga Menteri Agama  baru jika kita benar-benar kita hendak membina Malaysia Baru dengan mempunyai Islam yang berkualiti dalam masyarakt berbilang kaum dan antarabangsa.



Inilah pandangannnya:



Saya juga setuju dengan pandangan Tan Sri. Kerajaan patut ambilalih pendidikan TAHFIZA dengan

memasukkannya sebagai salah satu kurikulum. Setakat ini cuma ada 3 kurikulum selepas PT3 iaitu SAINS TULIN,

 AKAUN dan SASTERA. Patut tambah satu lagi iaitu AGAMA bagi mereka yang cenderong untuk menjadi

 TAHFIZA atau mendalami hal-hal berkaitan ISLAM. Dengan cara ini tidak perlu ditubuhkan pusat-pusat TAHFIZ

 sendirian untuk mengkayakan ustaz- ustaz secara mudah. Dengan cara ini, anak-anak yang minat dalam bidang


TAHFIZ tidak perlu jadi peminta sedekah, memalukan ISLAM.


Sumber : Friscomedia

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.