Loading...
Perkongsian

Budak 2 Tahun Maut Didera Hingga Terkoyak Kemaluan


Budak 2 Tahun Maut Didera Hingga Terkoyak Kemaluan|Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun m@ut dipercayai akibat didera di Petaling Jaya ,pangsapuri Impian Baiduri di sini, semalam.

Dalam kejadian 1 tengah hari, ibu mangsa menghantarnya ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan ceria.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, selepas sejam kemudiannya pengasuh menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu mangsa memaklumkan kanak-kanak terbabit tidak sihat, muntah dan lemah.

“Ibu mangsa mengambil mangsa yang sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh pada 4 petang sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di PPUM pada 5.40 petang. Pemeriksaan pihak hospital mendapati mangsa mengalami lebam di seluruh badan dan bahagian kemaluan mengalami kecederaan seperti terkoyak,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa, teman lelakinya dan suami pengasuh ditahan semalam bagi bantu siasatan dan akan direman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Sumber : Friscomedia

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.