Loading...
Perkongsian

Bunuh Pemandu GRAB, Warga Asing Ditahan Reman


GOMBAK: Seorang lelaki dan wanita warga Myanmar ditahan, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, di sini, Sabtu lalu.



PEMANDU Grab ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh, di dalam kereta miliknya di kawasan parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak, malam tadi.



Dalam kejadian 8.20 malam itu, lelaki berusia 27 dan berasal dari berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, dijumpai di tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi berkenaan.

Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan terlingkup dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, sebelum kejadian, pihaknya dimaklumkan oleh bapa tiri lelaki terbabit untuk membuat pemeriksaan di dalam kereta mangsa.

Beliau berkata, susulan itu, anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota berkenaan menemui mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

"Anggota perubatan dari Hospital Selayang yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tey berkata, siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan ketara ditemui pada badan mangsa.

"Bagaimanapun, terdapat kesan melecet pada leher mangsa. Kami tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian.

“Malah, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan," katanya yang memaklumkan pemeriksaan turut dibantu oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Beliau berkata, pihaknya merampas dua telefon bimbit, kasut, stokin dan baju-T yang ditemui di dalam kereta berkenaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.










Sumber : Friscomedia

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.