Loading...
Perkongsian

Setelah 22 tahun Pasaraya TS Mega ditutup terus mulai 1 Nov akibat GST

TERSEBAR pula berita tentang penutupan Pasaraya TS Mega, di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Pemberitahuan tentang penutupannya dipamerkan di depan kedai tersebut didakwa akibat Cukai GST.


"Dengan ini saya Mr Teoh sebagai pengurus TS Mega mengesahkan bahawa, TS Mega akan ditutup terus pada tarikh 1 - 11 - 2017 terima kasih kepada semua pelanggan yang dihormati," tulis pemberitahuan yang mempunyai nota kecil di tepi bahagian atas kanan bertulis— "GST bagi saya tutup kedai,"




Tidak dijelaskan dalam pemberitahuan ringkas itu bagaimana cukai GST boleh mengakibatkan pasaraya tersebut terpaksa ditutup.

Bagi penduduk Taman Melati tentu sekali mempunyai pelbagai kenangan dengan Pasaraya TS Mega yang sudah beroperasi lebih 20 tahun itu.

Para pencinta kucing juga turut merasa kesedihan dengan penutupannya. Katanya kakitangan dan pekerja TS Mega sebelum ini didakwa selalu memberikan makanan kepada kucing-kucing jalanan di kawasan tersebut.



Dua minggu lalu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu sidang media yang diadakan mendedahkan bahawa terdapat peniaga-peniaga Melayu yang "gulung tikar" dan "tutup kedai" akibat pelaksanaan Cukai GST pada April 2015.




Sumber : Friscomedia

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.