Loading...
Terkini

Remaja disyaki merogol tiga adik perempuannya direman 7 hari


SUNGAI PETANI, KEDAH - Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan reman selama 7 hari bermula semalam kerana disyaki merogol tiga adik perempuannya, lapor media tempatan. 

Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan suspek yang ditahan semalam, di reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani. 

Difahamkan, polis bertindak menahan suspek sebaik saja ibunya membuat laporan polis, selepas dimaklumkan oleh seorang anak perempuannya berusia 8 tahun bahawa dia telah dirogol abangnya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitendan Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yangb erumur 39 tahun bahawa pada 19 Julai lalu kira-kira jam 8 malam, suspek telah menariknya masuk ke dalam tandas di sebuah rumah kosong herhampiran rumah mereka sebelum dipaksa melakukan hubungan seks. 

Mangsa juga turut mendedahkan dia telah diugut oleh suspek agar tidak memberitahu perbuatannya kepada orang lain atau berdepan dengan tindakan dipukul. 

Menurut Saifi, sebelum ini, dua lagi mangsa yang berusia 9 dan 14 tahun juga pernah memberitahu ibu mereka bahawa suspek telah merogol mereka, tetapi ibu mangsa tidak membuat sebarang laporan polis. 

Dalam laporan China Press, si ibu hanya menganggap anak-anak perempuannya bergurau sahaja dan suspek turut menafikan dakwaan adik beradiknya itu dan menyatakan dia telah difitnah dengan sengaja. Dalam kejadian terbaru melibat mangsa berusia 8 tahun, suspek juga turut menafikan tuduhan ibunya yang kemudian membuat laporan polis terhadap suspek.

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. 

Suspek menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Kuala Muda pada hari Jumaat dan terus ditahan untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan. 


Sumber : Gengviral

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.