Loading...
Terkini

Bayi 10 bulan tertelan pin tudung


KUALA LUMPUR - Semalam viral gambar x-ray seorang bayi tertelan pin tudung di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Dalam laporan Harian Metro, bayi lelaki berusia 10 bulan tertelan pin tudung itu adalah benar dan kejadian berlaku pada 14 Julai, Jumaat lalu. 

Jurucakap Hospital Kuala Lumpur berkata, mangsa telah dibedah semalam dan pin yang tersangkut di paru-parunya juga sudah dikeluarkan. 

"Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor," katanya. 


Semalam, gambar x-ray Muhammad Naufal Hakim yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengimejan Dianostic, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur itu viral di media sosial. 

Gambar x-ray menunjukkan pin tudung yang dipercayai milik ahli keluarganya tersangkut di bahagian paru-paru dan gambar pin tudung yang dikeluarkan itu juga turut tersebar. 


Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dinasihatkan berhati-hati dan tidak meletakkan barangan bersaiz kecil di lantai atau di tempat yang mudah dicapai bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. 


Sumber : Gengviral

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.