Loading...
Perkongsian

Udang, Sotong dan Ketam adalah HARAM untuk di MAKAN menurut MAZHAB HANAFI



Perkara haram yang sebenar


  • Mengambil bangkai sebagai makanan. Ini disebabkan darah yang terdapat dalam bangkai boleh membawa mudharat, disamping daging yang sudah rosak dan dicemari dengan penyakit. Pengharaman bangkai adalah kerana kekotoran yang wujud padanya yang boleh membawa mudharat. · 


Darah yang mengalir

  • Ia memudharatkan, dan jiwa yang bersih tidak menyukainya. Ia diharamkan kerana kekotoran dan kemudharatan yang wujud padanya. · 


Daging babi.

  • Ia diharamkan kerana boleh membawa mudharat terutama ketika cuaca panas, dan jiwa yang suci tidak menyukainya. Babi ialah binatang kotor yang biasanya memakan benda-benda kotor dan najis. Ia juga berbahaya kerana mempunyai kuman yang sukar dihapuskan. Disamping itu, ia juga mempunyai tabiat buruk iaitu malas dan tidak mempunyai sifat cemburu kepada pasangan betinanya yang bersenggama dengan binatang yang lain. Orang yang makan daging babi, akan terpengaruh dengan perangainya yang buruk, juga seseorang itu akan dijangkiti kuman pada tubuhnya walaupun babi itu dipelihara pada persekitaran yang bersih.


Menyebut nama lain selain Allah ketika menyembelih.

  • Ini ialah perbuatan golongan yang menyembah berhala. Perbuatan tersebut adalah syirik dan membuat pergantungan kepada selain daripada Allah. Orang Arab pada zaman Jahiliyyah mengadakan penyembelihan untuk berhala-berhala mereka, dan ketika penyembelihan mereka berkata: ‘dengan nama al-Laata dan al-‘Uzza’. Perbuatan ini haram dan bercanggah dengan asas agama dan tauhid.

Haiwan Air:

Haiwan yang hanya tinggal di dalam air sahaja, terdapat dua pendapat mengenainya:

1. Ulama’ aliran mazhab Hanafi berpendapat: Semua haiwan yang hidup di dalam air haram dimakan kecuali ikan, ia halal dimakan tanpa perlu disembelih terlebih dahulu kecuali ikan yang terapung di atas air, sekiranya ikan itu mati dan terapung di atas air, ia tidak harus dimakan. Ini berdasarkan hadis daif daripada Jabir yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah yang bermaksud: “Haiwan yang tiba di daratan disebabkan air pasang surut, maka makanlah ia, tetapi yang mati di dalam laut dan terapung, jangan kamu memakannya” .

2. Jumhur ulama’ dan selain daripada ulama’ aliran mazhab Hanafi berpendapat: Haiwan air seperti ikan, ketam, memerang dan khinzir al-ma’ (capybara), halal dan harus dimakan tanpa perlu disembelih walaubagaimana cara sekalipun binatang-binatang tersebut mati sama ada dengan sebab perlanggaran dengan batu, atau terkena pukulan nelayan, atau mati disebabkan air surut, tenggelam atau timbul. Akan tetapi, sekiranya terapung di atas air, dan dibimbangi boleh membawa penyakit, ia diharamkan disebabkan boleh membawa kemudharatan.

Kecuali Imam Malik, beliau menyatakan makruh terhadap khinzir al-ma’ (capybara/water hog) dengan katanya: Kamu sendiri telah menamakannya khinzir. Berkata Ibnu al-Qasim: Saya menjauhinya tetapi saya tidak menyatakannya haram.


Manakala Haiwan Darat: ialah haiwan yang hanya hidup di daratan sahaja. Ia terbahagi kepada tiga kategori:

Pertama: Haiwan yang tidak mempunyai darah seperti belalang, lalat, semut, lebah, cacing, kumbang, lipas, kala-jengking, serangga yang mempunyai racun, dan yang seumpama dengannya, tidak halal dimakan kecuali belalang sahaja. Ini kerana binatang-binatang tersebut terdiri daripada binatang yang kotor , dan jiwa yang suci sudah tentu akan menjauhinya. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman yang bermaksud: “dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk(kotor)”. (Surah al-A’raf , 7:157) . Ulama’ aliran mazhab Maliki mensyaratkan agar menyembelih belalang, manakala bangkai belalang adalah haram di sisi mereka kerana hadis yang menyatakan tentang keharusannya itu adalah hadis daif. Manakala Ulama’ aliran mazhab Hanafi yang tidak membenarkan mentakhsiskan al-Quran dengan Sunnah, mereka menyatakan: sesungguhnya yang mentakhsiskan bangkai ikan ialah firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) daripada laut”. (al-Maidah, 5:96) .

Kedua: Binatang yang darahnya tidak mengalir seperti ular, cicak, semua serangga, hama daripada tikus, kutu sengkenit , landak, dan dhab (biawak pasir): haram dimakan kerana kotor, disamping mempunyai racun dan kerana Rasulullah saw telah memerintahkan agar dibunuh binatang-binatang tersebut. Ulama’ aliran mazhab Hanafi telah mengharamkan dhob (biawak pasir) kerana Rasulullah pernah melarang Saidatina Aisyah daripada memakannya. Manakala jumhur ulama’ pula, mereka telah mengharuskan dhob berdasarkan pengakuan nabi saw ketika dimakan dhob di hadapan Baginda. Ulama’ aliran mazhab Syafie mengharuskan makan landak.


Ketiga: Binatang yang darahnya mengalir: Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu sama ada jinak atau liar. Binatang ternakan yang jinak halal dimakan secara ijma’ seumpama unta, lembu, dan kambing. Diharamkan makan baghal dan keldai, manakala daging kuda diharuskan memakannya tetapi ia dianggap sebagai makruh tanzih di sisi Abu Hanifah, kerana kuda digunakan untuk tunggangan dan kenderaan jihad. Pendapat yang masyhur di sisi Ulama’ aliran mazhab Maliki pula ialah haram memakan daging kuda.

Diharamkan makan binatang jinak (peliharaan) yang buas iaitu anjing dan kucing.




Sumber : Friscomedia

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.