Loading...
Terkini

'Nasib baik anak aku semua menyusu badan, meragam ke apa, tolak jer kat bini, settle'


Menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama, bukannya hanya terletak pada bahu isteri sahaja. Tidak kiralah anak-anak itu sudah bersekolah, sebagai bapa masih perlu membantu isteri menjaga dan mendidik anak menjadi manusia yang berguna. 

Namun, hari ini ramai lelaki yang bergelar suami dan bapa hanya membiarkan isteri bersendirian menguruskan anak. Alasannya? Mereka bekerja mencari nafkah dan bila pulang ke rumah, kepenatan. Jauh di sudut hati isteri, pasti timbul rasa sedih mengapa suami tidak memahami pengorbanannya sedangkan anak-anak itu adalah tanggungjawab bersama. 

Semoga perkongsian dari Intan Dzulkefli ini membuka mata golongan lelaki bergelar suami dan bapa. 

PAGI itu kami sebenarnya sudah terlambat untuk check up Insyirah 4 bulan. Di klinik, orang sudah ramai hingga terpacak ramai bapa dan bakal bapa menunggu di luar. 

Nak melangkah masuk menuju ke kaunter, terdengar perbualan dua orang lelaki yang berbicara agak kuat. 

"Pening fikir sekarang belanja dapur. Susu anak-anak lagi. Duit susu saja dah cecah RM300 sebulan. Itu belum lagi pampers, snacks apa lagi semua," kata lelaki A. 

"Banyak tu duit susu. Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Meragam ke apa, tolak jer kat bini aku, settle. Malam-malam aku pun cukup tidur sebab tak kacau nak main tolak-tolak siapa yang kena buat susu anak. Selamat," balas lelaki B yang berdiri di depan lelaki A tadi dengan raut wajahnya yang sungguh bangga. 

Sambil mendukung Insyirah marah, tak dapat menahan rasa sedih di hati ini bila mendengar pengakuan lelaki itu sendiri yang sudah bergelar suami. 

Saya cuma berharap lelaki B itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana susah payah menyusukan semua anak-anaknya sehingga dia dapat cut cost hidup. Tak perlu susah-susah nak bancuh susu dan dodoikan anak mengamuk tidur. Dia cukup tidur dan rehat di malam hari kerana hanya isterinya yang perlu berjaga seorang diri menyusukan anak-anak mereka. 

Allah. 

Selalu sangat orang yang tak faham menganggap breastfeeding ini senang sangat. Sumbat saja nipple dalam mulut bayi, settle! Padahal the struggle is real. 

Teringat perkongsian seorang sahabat solehah suatu ketika dulu. 

"Seorang suami yang soleh, dia akan minta ihsan kepada isterinya. Bolehkah isteri tolong menyusukan anak-anaknya kerana tugas untuk menafkahi makan minum anak-anak adalah tanggungjawab seorang bapa. 

"Kalau sekiranya susu badan isteri tiada atau isteri enggan menyusukan anak, si bapa perlu mencari ibu susuannya atau menyediakan makanan gantian. Kalau zaman ini, kiranya susu formulalah." 

Ramai suami yang memahami dan menyokong penyusuan anak-anak, Alhamdulillah. Namun, masih ramai yang juga suami hari ini terlupa tentang kenyataan ini dan meletakkan sepenuhnya urusan dan tanggungjawab menyusukan anak-anak di bahu isteri. Allah. 

Tidak tahulah tetapi saya rasa dah semacam memang tahap wajib untuk modul kursus kahwin diperbaiki dan diperbaharui. Amat perlu adakan kursus ilmiah tentang isteri mengandung, sakit beranak, bersalin dan menyusu. Berhenti segala gurauan yang tidak sepatutnya tentang seks dan entah apa-apa yang membuatkan audiens meluat. 

Memang perlu ingat mengingatkan bakal suami dan bapa tentang segala fakta perubahan fasa bagi seorang isteri ini. Untuk mengelakkan lebih ramai suami yang ignorant dan selfish membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

Wallahu a'lam. 



Sumber : Gengviral

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.