Loading...
Terkini

Mata kanan buta akibat bermain mercun


KLUANG, JOHOR - Seorang remaja berusia 14 tahun nyaris buta selepas mercun yang dibakarnya tiba-tiba meletup, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 10 malam, Ahad lalu, di Taman Kluang Baru, mangsa, Faizul Fitri Mamasu, mengalami kecederaan pada kedua-dua mata dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham mengesahkan kejadian yang viral di media sosial itu sejak beberapa hari lalu. 

"Hasil siasatan awal polis, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 10 malam Ahad lalu, ketika mangsa sedang bermain mercun, sebelum mercun padi yang dipegangnya tiba-tiba meletup. 

"Mangsa dimasukkan ke Wad Mata di Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan, doktor mendapati mata kanannya cedera parah serta rosak, manakala mata krinya mengalami kecederaan namun pulih," katanya kepada wartawan Harian Metro. 

Sementara itu, bapa tiri mangsa, Khairul Ahmad Sulaiman, 34, berkata, keadaan Faizul kini stabil. Kesan melecur terbakar di mukanya hampir pulih. Namun kecederaan di mata kanannya parah dan mungkin hilang penglihatan. 

Pada jam 1 tengah hari Rabu lalu, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapat rawatan susulan pakar mata. 


Sumber : Gengviral

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.