Loading...
Sensasi

Fahami Konsep SEBENAR Air Musta’mal Yang Ramai Keliru Dan Tersalah !!!

Fahami Konsep SEBENAR Air Musta’mal Yang Ramai Keliru Dan Tersalah !!! | “Ulasan mengenai isu yang berkaitan dengan Konsep sebenar Air Musta’mal, khususnya mencelup air ke dalam bekas air yang sedikit: Saya lihat Kebanyakan masyarakat memahami konsep air Musta’mal di sisi Mazhab Asy syafie dengan cara dan kefahaman yang salah, dan terlebih bahaya lagi kefahaman yang salah itulah di anggap betul, ini berdasarkan pemerhatian saya dalam kelas-kelas pengajian fiqh di masjid dan surau.

1-Makna dan Definisi Air Musta’mal :

Di Nukilkan dari Kitab Fathurrahman Bisyarhi Zubad Ibnu Ruslan oleh Al Imam Shihabuddin Ar Ramly :
وَهوَ مَا اسْتُعْمِلَ فِي فَرْضٍ من رَفْعِ حَدَثٍ أو إزَالَة نَجِس
“Iaitu air yang telah di gunakan untuk basuhan dan toharah yang wajib seperti mengangkat hadas besar dan kecil ataupun di gunakan untuk menghilangkan najis “

2- Air Musta’mal ini sifatnya suci tetapi tidak menyucikan, kerana para salafussoleh dahulu tidak mengumpulkan air yang telah di gunakan mereka ketika berwuduk sewaktu perjalanan safar yang jauh dan di gunakan semula kali yang kedua sekalipun dalam keadaan mereka memerlukan air serta tidak menganggap jijik jika di gunakan semula untuk wuduk yang kedua, bahkan mereka terus bertayamum jika tidak mendapati air mutlak.

3- Dari definisi di atas apa yang perlu di fahami adalah :

Air Musta’mal itu ialah lebihan air dari air basuhan wudhuk ,mandian junub dan menghilangkan najis yang mana kesemuanya adalah wajib di laksanakan, maka mandian biasa yang lain atau basuhan2 lain tidak di anggap air Musta’mal seperti basuh tangan, mandi untuk ke tempat kerja, mandi sunat-sunat yang lain seperti mandi jumaat, mandi sunat hari raya dan juga basuhan wudhuk yang kedua dan ketiga yang sunat juga tidak di anggap air Musta’mal (sekalipun bukan air Musta’mal para salaf tidak menggunakannya untuk berwuduk kerana sudah bercampur dengan air basuhan wajib yang pertama)

4- kunci utama dalam memahami air Musta’mal ialah dengan mengetahui 4 syarat yang perlu ada hingga menjadikannya air Musta’mal :

Kata Al Imam As Sayyid Muhammad Abdullah Al Jardani di dalam kitabnya Fathul Allam bisyarhi Mursyidul Anam :
و الحاصل أن شروط الإستعمال أربعة :
١-قلة الماء (و هي دون القلتين)
٢-و استعماله في فرض الطهارة.
٣-و انفصاله عن العضو.
٤-و عدم نية الإغتراف.

“Syarat-syarat air Musta’mal :
1-air yang di gunakan itu sedikit dan kurang dari kadar dua qullah iaitu ukuran secara kasar sebanyak 210 Liter.
2-air tersebut di gunakan dalam. Basuhan yang wajib (seperti point yang ke 3 di atas)
3-air tersebut juga masih mengalir atas anggota yang di basuh dan belum terpisah, jika terpisah air tersebut seperti di angkat tangan yang di gunakan untuk menggosok dari tempat basuhan wudhuk atau air jatuh ke anggota wudhuk yang lain maka hukumnya adalah air Musta’mal sekalipun terpisah air itu dari tangan kanannya ke tangan kirinya ataupun ke anggota wuduk lain seperti kaki.
4- Tidak berniat untuk mencedok dan memindahkan air ke anggota wudhuk (نية الإغتراف) ketika mencelup dalam bekas air yang sedikit.

Bentuk dan cara sebenar niat mencedok ini di terangkan dalam kitab Hashiah Al Kurdi :
” Iaitu di celupkan tangan ke dalam bekas air yang kecil seperti cebok dan sebagainya dengan bertujuan ingin memindahkan air tersebut ke luar cebok dan membasuh anggota wudhuk di luarnya tidak dengan niat ingin basuh di dalamnya (kerana ini akan menjadikan air di dalam bekas kecil itu Musta’mal) dan zahir dari kelakuan kebanyakan orang awam mereka mencelup di dalamnya bukan bertujuan untuk membasuh anggota wudhuk di dalam bekas tersebut tetapi mereka mahu mencedok dan membasuh tangan di luar dari bekas tersebut dan inilah sebenarnya hakikat niat mencedok (نية الإغتراف) “

Kata Al Imam Al Jardani :
و هو كلام حسن
Ini adalah penjelasan yang baik
(Fathul Allam Syarah Mursyidul Anam M/S 180 Jilid 1)

5-Al Imam Shihabuddin Ar Ramly dalam kitab nya yang di sebutkan tadi juga menyatakan dengan jelas :
و لو غمس المتوضيء يده في الإناء قبل فراغ الوجه لم يصر مستعملاً، و كذا بعده إن نوى الإغتراف، و إلا صار مستعملاً
“sekiranya seseorang itu berwuduk dan mencelup tangannya ke dalam bekas air yang sedikit sebelum dia selesai membasuh wajahnya maka air itu tidak menjadi Musta’mal, begitu juga jika perkara yang sama di lakukan setelah selesai membasuh wajah iaitu ketika ingin membasuh tangannya maka tidak juga menjadi air Musta’mal jika dia berniat untuk mencedok dan memindahkan air (نية الإغتراف) dan membasuh di luarnya, jika seseorang tidak Berniat maka air itu akan menjadi air Musta’mal ”
Maka jelaslah di sini bahawa jika kita mengambil wudhuk dengan mencedok terus dengan tangan dari bekas air yang kecil seperti cebok, baldi dan sebagainya yang kadarnya kurang dari dua Qullah tidak menjadikan air di dalamnya air yang Musta’mal jika memenuhi dua syarat iaitu :
1- Berniat semata-mata untuk memindahkan air dengan menggunakan tangannya.
2-Membasuh dan meratakan air pada anggota wudhuk di luar dari bekas tersebut.
Wallahuaklam….”

Sumber:- Muhammad Adlin Nasri

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Fahami Konsep SEBENAR Air Musta’mal Yang Ramai Keliru Dan Tersalah !!! appeared first on OH MY VIRAL.



Sumber : OhMyViral

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.