Loading...
Agama

Remaja berbasikal saling berlumba sebelum maut dirempuh kereta

   

MAKLUMAT terkini yang diperolehi berhubung kemalangan maut melibatkan sekumpulan remaja berbasikal pada jam 3:30 pagi tadi di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Baharu, mendapati kemalangan berlaku ketika mereka sedang berlumba.



Kumpulan remaja itu dikatakan terlebih dahulu berkumpul di persimpangan bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baharu menunggu rakan sebelum bergerak bersama-sama untuk ke Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Kemalangan berlaku ketika 16 orang kanak-kanak dan remaja yang menunggang basikal dipercayai dari Kampung Seri Makmur, Pelentong dan Pasir Gudang itu saling berlumba sesama mereka, sebelum tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.

Berita Harian melaporkan, setakat ini 9 remaja maut manakala 4 lagi cedera parah. Kesemua mangsa dilaporkan berumur antara 8 hingga 16 tahun.

Difahamkan aktiviti berbasikal remaja terbabit biasanya bermula, pada jam 12 tengah malam. Sila klik pautan berikut untuk membaca laporan sebelum ini.

BACA — Remaja berbasikal tengah malam maut dirempuh kereta




Sumber : Mediahub

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.