Loading...
Sensasi

Polis nafi pemandu wanita guna telefon bimbit ketika memandu


JOHOR BAHRU - Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh menafikan dakwaan kononnya pemandu wanita yang merempuh sekumpulan remaja yang berbasikal awal pagi tadi menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu, lapor Bernama. 

"Siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan. Jika dia (mangsa) nampak, minta tampil beri keterangan pada polis," katanya. 

Menurut Sulaiman, pemandu wanita itu merupakan seorang jurujual yang baru sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian jam 3 pagi itu. 

Terdahulu, mangsa yang terselamat dari kejadian itu, Muhammad Zulfadli Yusri, 19, berkata, dia ternampak sebuah kereta memecut laju dan terus merempuh mereka. 

"Kami berhenti dalam 10 minit. Tiba-tiba saya nampak sebuah kereta memecut laju menuju ke arah kami dan terus merempuh kami. 

"Saya nampak pemandu perempuan itu sedang bermain telefon terus merempuh kami yang sedang berhenti di situ," katanya. - The Reporter


Sumber : 1Citemalaya>

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.