Loading...
Sensasi

Minyak masak Dah Guna, Patut Dibuang Ke Guna Lagi?


Pakar nutrisi Priya Kathpal berkata, tiada angka tertentu untuk memastikan minyak itu boleh digunakan berulang kali. Ini kerana ia bergantung kepada jenis minyak, berapa lama ia dipanaskan, adakah ia digunakan untuk gorengan sedikit atau bagaimana, jenis makanan yang digoreng dan sebagainya.

Walaupun menggunakan minyak baharu setiap kali adalah sangat baik, namun ia dilihat kurang praktikal. Ini bermaksud, minyak masih boleh digunakan berulang kali namun haruslah berpada-pada.

Priya memberi tips untuk anda yang ingin menyimpan dan menggunakan minyak terpakai:

1. Pastikan minyak benar-benar telah sejuk dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup rapat. Cara ini akan mengasingkan sisa makanan daripada minyak dengan lebih berkesan.

2. Pastikan minyak yang diguna semula tidak berwarna gelap dan tesktur yang pekat. Jika ia telah berwarna gelap dan menjadi pekat, merupakan petanda minyak tersebut harus dibuang. 

3. Jika minyak yang dipanaskan mengeluarkan asap dengan banyak lebih daripada biasa, hentikan segera penggunaannya. Ia mungkin telah mengandungi toksin yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, penyakit hati dan sebagainya.

Sumber: CARI 


via Bin Usrah

Sumber : 1Citemalaya>

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.