Loading...
Sensasi

Mangsa ragut, 54, maut kejar peragut


BACHOK, KELANTAN - Seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar peragut yang meragut begnya, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8.15 pagi di Kampung Pak Elong, Tangok hari ini, Siti Rohani Wahab, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikalnya terlanggar tiang elektrik. 

Saksi, Syuhada Abd Malik, 24 berkata, ketika kejadian, dia sedang bersarapan di kedainya dan melihat motosikal mangsa dari arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik. 

"Saya berlari ke arah mangsa yang terbaring di jalan dan mendapati dia sudah menghembuskan nafas terakhir," katanya. 

Timbalan Ketua Polis Kelantan Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan itu berlaku, suspek telah meragut beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal. 

"Mangsa mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh," katanya. 

Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber : 1Citemalaya>

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.