Loading...
Perkongsian

Lepas Johor, Kini Terengganu Pula Jual Berus ‘Babi’


SELEPAS kejayaan merampas berus cat disyaki daripada bulu babi di Johor, Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini berjaya merampas 377 berus cat berbulu babi di Terengganu.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat, berkata dalam operasi pemeriksaan di seluruh negeri ini, pihaknya hanya menemui berus cat terbabit dijual di dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman.

“Di Kuala Terengganu, pemeriksaan mendapati kebanyakan premis menjual berus cat berjenama Selly, Carlo, Cata, Oto dan Gold Liner yang diperbuat daripada bulu kuda, kambing dan fiber.

“Tiada rampasan dilakukan di Kuala Terengganu dan Besut namun KPDNKK menasihatkan peniaga supaya membuat penandaan yang jelas dan tidak mencampurkan berus cat berkenaan dengan yang lain,” katanya.

Sumber : BicaraNework

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.