Loading...
Sensasi

Kanak-kanak kencing di tengah jalan maut digilis bas


JIANGXI, CHINA - Seorang kanak-kanak perempuan maut digilis bas ketika sedang membuang air kecil di tengah jalan, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian jam 2.44 petang, 31 Januari 2017 itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berusia 5 tahun itu berjalan dan mencangkung membuang air kecil di tengah jalan sambil diperhatikan oleh beberapa pejalan kaki berhampiran. 

Mangsa yang sedang khusyuk membuang air tiba-tiba dilanggar sebuah bas mini yang tidak menyedari kehadirannya di situ yang kemudian menggilis mangsa. 

Menyedari terlanggar sesuatu, pemandu bas itu kemudian berhenti sebelum seorang wanita yang dipercayai ibu mangsa belari meluru ke arah bawah bas dan menarik mangsa keluar. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan.

Pemandu bas itu kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. 


Susulan kejadian itu, keluarga mangsa menyalahkan pemandu bas berkenaan yang tidak peka dan menuntut pampasan sebanyak 1.2 juta yuan.

Pemandu bas itu bagaimanapun menyalahkan ibu bapa mangsa yang tidak pandai mengawasi anak mereka. Malangnya pihak polis dilaporkan bersetuju dengan tindakan keluarga mangsa dan menyalahkan pemandu bas berkenaan yang cuai. 

Di media sosial, netizen mempertahankan pemandu bas itu dan menganggap tindakan keluarga mangsa dan polis adalah tidak adil. - The Reporter


Sumber : 1Citemalaya>

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.