Loading...
Sensasi

Gempar Artis Seksi Hollywood Terkenal Lindsay Lohan Memegang Al-Quran !!!

Gempar Artis Seksi Hollywood Terkenal Lindsay Lohan Memegang Al-Quran !!!| Selepas menjadi perbualan hangat beberapa bulan lalu, nama Lindsay Lohan sekali lagi disebut apabila mengaku mula membaca Al-Quran. Menurut laporan Daily Mail, Lindsay mengakui membaca Al-Quran menjadikannya tenang dan menerbitkan perasaan istimewa. pelakon The Mean Girls yang berusia 30 tahun itu berencana untuk menghabiskan masanya dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan di kem-kem pelarian Turki serta mahu menubuhkan syarikat produksi sendiri di Dubai.

“Saya merasakan sesuatu perkara luar biasa apabila membaca Al-Quran. “Saya berasa amat tenang saat membacanya dan ia merupakan perkara yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. “Tidak hanya membaca Al-Quran, saya juga mengaku sudah mula belajar untuk beribadah seperti penganut agama Islam dan cuba berpuasa,” katanya.

Lindsay berkata demikian ketika di wawancara sebuah program televisyen di Kuwait, baru-baru ini. Tambah Lindsay, dia menyedari bahawa ramai orang Amerika Syarikat tidak suka apabila melihat foto-foto Lindsay membawa Al-Quran yang menjadi tular di internet. “Saya hanya membawa sebuah kitab, tetapi orang di Amerika Serikat tidak menyukainya dan kebanyakkan mereka telah melemparkan kata-kata buruk hanya kerana saya memegang Al-Quran,” katanya.

SUMBER:AstroGempak

The post Gempar Artis Seksi Hollywood Terkenal Lindsay Lohan Memegang Al-Quran !!! appeared first on KISAH BENARKU.



Sumber : 1Citemalaya>

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.