Loading...
Sensasi

Bukan salah saya kalau netizen berfikiran 'kuning' - Hazreen


KUALA LUMPUR - Gambar seorang gadis bergambar dengan seekor tapir viral di media sosial kelmarin mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Gambar Hazreen Syafiela Alang Abd Hamid, 26, kakitangan awam, dikecam segelintir netizen kononnya Hazreen mahu memegang kemaluan haiwan berkenaan. 

Bagaimanapun, Hazreen tampil memberikan penjelasan bahawa apa yang berlaku adalah secara spontan dan menjinakkan haiwan berkenaan. 

"Apa yang berlaku itu adalah secara spontan. Niat saya hanya mahu berkongsi kepada masyarakat di luar sana mengenai cara menjinakkan haiwan," katanya kepada Harian Metro

Jelas Hazreen, gambar itu dirakam oleh rakannya ketika berkunjung ke pusat perlindungan haiwan di Tanjung Malim, Perak, Oktober 2016. 

"Saya mendekati Tapir jantan itu dan mendapati haiwan itu berada dalam keadaan mengantuk. Haiwan itu selesa menerima kehadiran saya, jadi saya pun terus membelainya dengan mengusap beberapa anggota badannya termasuk di bahagian kepala, badan dan perutnya. 

"Saya juga tidak menyangka tindakan saya mengusap Tapir itu sehingga ia tertidur dan mengundang kecaman dari netizen. Saya tidak berniat untuk memegang kemaluan haiwan itu sebaliknya berkongsi cara menjinakkan Tapir jantan itu kepada orang lain. 

"Haiwan ini perlu dibelai dan diusap-usap terutamanya di bahagian perut termasuk usaha untuk menidurkannya," katanya. 

Bukan setakat kat facebook. Kat twitter lagi hebat pasai gambar tu. Tapi takde satu pun kat twitter komen macam kat fb. Their maturity salute habis. Susah manusia tak reti nak chill ni. Dok buat kalut lebih.
Posted by Hazreen Syafiela on Monday, 13 February 2017

Sementara itu dalam kenyataan Hazreen di akaun Facebooknya memuji pengguna di laman Twitter lebih matang dan tidak mempertikaikan gambar tersebut berbanding segelintir pengguna Facebook. 

Marah betul korang dengan gambar aku. Ni antara yang sempat screenshot. Gambar tu viral pun aku terkedu. Tak terpikir...
Posted by Hazreen Syafiela on Monday, 13 February 2017

"Kalau fikiran asyik fikir ke situ (negatif), walhal tangan saya di bahagian perut Tapir itu saja. Jadi bukan salah saya kalau pemikiran (kuning) mereka seperti itu," katanya. - The Reporter


Sumber : 1Citemalaya>

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.