Loading...
Perkongsian

“Tolonglah jangan percaya dan ambil bukan-bukan” – Dr Rafidah Abdullah


Perkongsian terbaik daripada seorang Consultant Nephrologist, Dr Rafidah Abdullah. Beliau terpaksa meluahkan perasaan sebagai seorang doktor akibat terlalu banyak kes seperti ini yang mereka terpaksa tangani. Baca luahan hati beliau sebagai seorang Pakar Buah Pinggang.

“Bahana Produk Baiki Sel: pesakit menemui ajal hanya selepas 5 botol”

Umur pesakit 48 tahun, seorang pengurus, 3 orang anak. Kencing manis 3 tahun lalu, tak makan ubat. Sebab bengkak-bengkak, beliau ke hospital bulan November 2016.

Bacaan buah pinggang (creatinine) 178umol/L masa tu. Sejak bulan Disember 2016, beliau mengambil C*******, katanya produk baiki sel. Dos nya sampai 2 kali sehari. Dah habis lah 5 botol/kotak; belum lagi pertengahan bulan Januari ni😱😱.

Bengkak tak surut, makin teruk. Datang hospital, sesak nafas (air masuk paru-aru sudah). Beliau memerlukan sokongan ubat untuk tekanan darah rendah. Buat scan jantung (echocardiogram), fungsinya terlampau lemah (ejection fraction 24%). Bacaan buah pinggang dah 461 umol/L. Beliau dipasang tiub di bahagian leher untuk Dialisis. Belum sempat Dialisis beliau kena serangan jantung yang kuat, tidak dapat diselamatkan😰, menemui ajal.



Kalau bagus benar produk nak baiki sel, kenapa jantung & buah pinggang teruk benar lemah?

Saya memohon agar semua jurujual JANGAN kacau yg berpenyakit kronik. Dan pesakit pulak mohon ada rasa tanggungjawab, jangan percaya & ambil bukan-bukan. Tanya Doktor anda dulu. Sakit nanti akhirnya ke Hospital jugak. Mohon juga “respect” kami seadanya.

TIADA supplemen yang elok utk penyakit kronik buah pinggang, memudharatkan ada lah. Kami Pakar boleh menyuarakan pendapat professional kami; walaupun katanya tak ada kajian mengatakan ia bahaya. Kami TIDAK AKAN buat kajian menggunakan apa-apa yang membahayakan pesakit kami😰

Sudah-sudah lah. Kalau anda tak kasihani diri anda, kasihanilah keluarga anda, juga kasihanilah kami yang hari-hari kena lihat kes sebegini.

Kami pun berhak nak beri testimoni. Tak sanggup rasanya melihat yang “throw their lives away😬”.

Rafidah Abdullah
Pakar Buah Pinggang

Sumber : BicaraNework

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.