Loading...
Sensasi

Saat cemas, ibu selamatkan anaknya dari tercekik keropok sayur


TEXAS, AMERIKA SYARIKAT - Tindakan pantas seorang ibu berjaya menyelamatkan anak bongsunya dari tercekik kerepek sayur dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya, lapor Daily Mail.

Ketika kejadian itu berlaku, Jennifer Hull, 34, berada di bilik tersebut bersama dengan anaknya, Hollis, 1, dan Hatilynn, 3, apabila dia mula terdengar anak bongsunya itu tercungap-cungap.

Terdahulu, adik beradik berkenaan sedang bermain rumah anak patung mereka sebelum Hollis mula tercekik kerepek sayur dan segera berlari mendapatkan ibunya untuk meminta bantuan. 

Hull teringat dia pernah belajar kelas keselamatan bayi yang diambilnya sebelum anaknya dilahirnya lalu mengangkat anaknya dari belakang sambil menekan-nekan perutnya dan akhirnya kerepek itu terkeluar dari tekak anaknya. 

Menurut Hull, suaminya menangis sepanjang malam selepas menonton video kejadian itu. 

"Kami berdua sangat terkejut dan betapa ngerinya kejadian itu. Ia lebih menakutkan apabila kami terbayangkan jika Hollis lambat diselamatkan," katanya. 

Meskipun masih sukar menerima kejadian itu, namun Hull membuat keputusan untuk berkongsi ceritanya kepada ibu-bapa yang lain agar lebih berwaspada. 

Hatilynn dan adiknya Hollis | Foto - Jennifer Hull
Hull berharap, kejadian itu boleh mendorong ibu bapa yang lain untuk belajar tentang keselamatan anak-anak sebelum menyambut kelahiran bayi baru mereka. 

"Kami hadir setiap kelas yang diberikan oleh hospital. Sekurang-kurangnya itu persediaan awal yang anda boleh buat," katanya. - The Reporter


Sumber : Citeheboh

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.