Loading...
Agama

Ramai Yang Silap, Sapu Muka Lepas Solat Tiada Dalam Hadis - Dr Rozaimi Ramle

Salah ke sapu muka selepas solat ? || Dr Rozaimi Ramle

Salah satu amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang sebenarnya masih sangat awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap wajah setelah solat. Mereka berpendapat bahawa ini adalah bid'ah kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukannya. Maka dari itu, perkara ini perlulah dijawab secara ilmiah.



Seperti yang telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad SAW bukan bererti perkara tersebut adalah bid'ah yang sesat @ haram @ kalau melakukan maka akan masuk neraka.


Maka dalam hal ini, seorang ulama pembenteng Ahli Sunnah wal Jamaah di Indonesia telah menjawab isu ini di dalam kitabnya berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66:


Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa. Telah terdapat di dalam sebagian hadis-hadis seperti berikut:


عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه


Diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari bapanya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)


Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat.


Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:


وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن


Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).


Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahawa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahawasanya Nabi SAW juga mengamalkannya.


*******


Penulisan ini diperoleh daripada SINI! Daripada pemerhatian aku, ia sudah banyak disalinkongsikan ke dalam blog dan juga laman sosial. Persoalan ini pernah timbul semasa aku menuntut di sebuah sekolah berasrama dulu. Artikel lain yang membincangkan persoalan sama adalah seperti di bawah;


Persoalan Agama: Sapu Muka Selepas Solat Bukan Sunnah Rasulullah


Soalan: Saya pernah mendengar pelbagai pandangan mengenai menyapu muka sesudah memberi salam. Adakah ia diperintah atau sebaliknya? Boleh ustaz jelaskan dan berikan sumber hadis atau Quran. 


Jawapan: Saya suka memetik buku yang dikarang dan disusun Zaharuddin Abdul Ramhan iaitu Formula Solat Sempurna.


Imam al-Bukhari meletakkan tajuk yang memuatkan sebuah hadis berkaitan menyapu dahi dan hidung dalam 'Bab sesiapa tidak menyapu dahinya dan hidungnya sehingga tamat sem-bahyang.'


Hadisnya iaitu daripada Abu Said al-Khudri berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya." Riwayat al-Bukhari (dengan Syarah Fath al-Bari)


Beberapa kefahaman yang dapat diambil daripada hadis itu ialah:


Nabi Muhammad SAW tidak menyapu dahi ketika solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air.

Nabi Muhammad SAW juga tidak menyapu dahi Baginda selepas solat dan kalaulah ada ihtimal selepas solat, maka ia kerana membuang kesan tanah dan air dan seumpamanya yang ada di dahi.

Oleh itu, keperluan menyapu dahi juga bukan daripada perbuatan solat yang mesti dibuat, malah yang sahihnya Nabi Muhammad SAW tidak melakukannya.


Al-Hafiz Ibn Hajar al-Syafi’I pula mengatakan, jika Nabi SAW melakukannya pun, maka ia bertindak menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda yang termasuk dalam Bab Jibilliyah (perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukan amalan untuk merapatkan diri kepada Allah SWT. (Fath al-Bari)


Namun, menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis: - sambung baca di Berita Harian


Ini pula beberapa video pencerahan berkaitan hukum menyapu muka:


Dr MAZA


Ahli Majlis Tertinggi UMNO





Dr Rozaimi Ramle


Sumber : Mediahub

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.