Loading...
Sensasi

3 bulan didera majikan binatang


JOHOR BAHRU - Seorang pemuda berusia 21 tahun cedera di tangan, bahu, telinga, kaki dan mulut akibat didera oleh majikannya di Taman Johor Jaya, sejak tiga bulan lalu, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa, Nur Firdaus Ibrahim, dipercayai dirotan dan dipukul oleh majikannya, Mohamad Firdaus Zahari yang berusia 30-an. 

Kejadian dipercayai berlaku di rumah majikan mangsa di rumah kedai di Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya yang dihuni mangsa bersama keluarga majikannya. 

Perbuatan Mohamad Firdaus itu terbongkar selepas keluar mangsa datang berkunjung ke kediaman tersebut dan mendapati mangsa dalam keadaan yang tidak bermaya. 

Nur Firdaus telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam sebelum membuat laporan polis. 

Lapor Harian Metro, mangsa telah didera hampir tiga bulan dan dikurung selama tiga hari sebelum diselamatkan keluarganya. 

Menurut ibunya, Jumiah Otto, 56, anaknya masih mengalami kesakitan terutamanya di bahagian bau, tangan, telinga dan tapak kaki dan berharap pihak polis mengambil tindakan terhadap majikan anaknya itu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh kakak mangsa, mereka terpaksa menunggu lebih 10 minit pintu kediaman dibuka sebelum mendapati mangsa dalam keadaan lemah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mencederakan dengan senjata) dan sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan kerana suspek bersama keluarganya telah bertindak menghilangkan diri. 

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi talian Hotline Polis Kontinjen Johor di 07-2212999 atau Hotline Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222. - The Reporter

Artikel berkaitan:


Sumber : Citeheboh

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.